My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers
Selamat datang ke blog yang tak berapa cantik ni. Assalamualaikum

Friday, 29 July 2011

Hari Sukan 2011

Assalamualaikum semua. Lama juga tak update kan. Okey,hari ni aku nak cerita pasal hari sukan kat sekolah aku yang baru berlangsung dua hari lepas. Hari sukan berlangsung di Kompleks sukan Lee Chong Wei. Dekat aje dari skool. :). Permainan ditukar kepada Badminton,Bola tampar,Bola baling,Futsal lelaki/perempuan,Takraw dan banyak lagi. Firstly,aku masuk bola tampar,hari rabu cikgu kata bola tampar terpaksa dibatalkan,lepas tu digantikan dengan badminton berpasukan.

Khamis : dah excited main dah,bawa raket sendiri lagi. Hari rabu baru dapat tahu yang kena bawa bendera sekolah. Adoit. Kenapa la korang bagitahu last minit. Sampai sekolah,letak beg dalam bilik pengawas. Keluar lepas tu beratur ikut kelas. Cikgu beri minuman dan makanan. First2,aku dah dapat nasi ayam. Lepas tu aku nampak ramai tak dapat. Aku ambik keputusan bagi kat orang terdekat. Kesian aku tengok. Aku bagi kat Iqbal Aiman. Ada budak form 5 kat sebelah aku,dia nampak tanda lahir kat leher aku,dia cakap ni LOVEBITE ke? aku cakap la mana ada. Gila kau LOVEBITE warna hitam. =='' Tengah syok2 sembang,Nur Syafiqah panggil suruh pergi dekat asrama,Denish panggil untuk buat kawat bendera tu dekat Lee Chong Wei punya tempat. Sampai sana,tengok2 Denish tak ada. Kiteorang pun blah pergi kompleks tu. Tengok kat sana si Denish ada. Apa la kau nih. ==''. Kiteorang ambik keputusan pergi lepak tandas sekejap. Wah,tandas dia teramat lar besar,cantik,dan THE BEST la wei. Sinki dia macam remote control kereta. Lepas tuh,setiap tandas ada tempat mandi. Wah. Smart gila. Kreatif duwh. Just pusingkan paip tu,air keluar dari atas. Aku pun mula2 tak perasan.

Okey,lepas tu,semua menghadap cermin tandas sebab nak betulkan apa yang tak betul. Aku betulkan rambut dan pakai sweater sekolah untuk kawat bendera tu. Semua pakai smart2,sampai aku,BOO.. haha... Biasa la orang yang takk reti nak smart kan. hehe. Kiteorang pergi kat court takraw untuk berlatih sebentar. Kat situ la aku diberitahu macamna nak jalan,pusing dan sebagainya la. cheerleader rumah sukan pun masuk. Tercari2 mana lar Miss Wu ni. Last2 nampak dia. Lain muka dia. Sebab mekap kut.

Hari sukan start,Puan Esah bagi ucapan. Ya Ampun,Puan Esah tak panas ke pakai sweater tu. Kiteorang pun dah peluh pakai sweater. Masa kawat bendera tu,Kiteorang pusing satu tempat tu. Dah abes,berhenti kat satu tempat. Peluh sudah mula turun.haha.. Nampak Aizzat nye peluh kat telinga. hha..Kesian kiteorang. Lepas semua keluar,start la cheerleader menari. Rumah merah okey la,rumah biru mantap la gak,rumah kuning,comel2 belaka,tapi ada gak bende yang  tak nak dilihat,rumah hijau,boleh la. Kesian Miss Wu,topi dia terjatuh. hurm.

Semua pelajar pergi tempat permainan masing2. Aku pun pergi tukar seluar. Lepas tukar pergi tempat badminton. Pergi2 dorang kata nak 1 wakil satu rumah. Adoit. Lagi la bermasalh. Last2 aku tak dapat masuk... huhu... Lepas tu,just main2 je la dengan syafiqah,kak syaznie n ramai lagi la. Tengok dorang main jeles la. (panjang lebar lak aku cerita) K lar sampai sini saja k. bye,assalamualaikum.

1st = rumah biru
2nd = rumah merah.
3rd= rumah kuning.
4th= rumah hijau.

p/s : mak menangis tengok cerita SEKALI LAGI and nak tergelak bila Lisa Surihani caka huruf R.. :)




Daripada :


No comments:

Post a Comment