My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers
Selamat datang ke blog yang tak berapa cantik ni. Assalamualaikum

Saturday, 5 November 2011

Saya Nak Samsung Galaxy S II Sebab...

nak galaxy s 2 Giveaway : Samsung Galaxy S II Untuk Dimenangi!


Contest ini dianjurkan oleh Beta.my & ditaja oleh Mynewshub.
     'Saya nak Samsung Galaxy S II Sebab' inilah perkataan pertama yang aku lihat di papan kenyataan sekolahku. Satu tampalan kertas terlekat di situ. Ku lihat - lihat akhirnya mataku terpaku di syarat - syarat penyertaan. Aku membaca syarat - syaratnya.


Syarat - syarat penyertaan.


1. Warganegara Malaysia
2. Tinggal di kawasan Kuala Lumpur.
3. Berumur 14 hingga 18 tahun.
4. Keluarga terdiri daripada 4 orang.
5. Pandai bertutur dengan sopan dengan orang lain.
6. Perlu ada alasan yang kukuh untuk memenanginya.  


   ''Okey,semua aku ada. Boleh masuk ni,'' bibirku menguntum senyuman. Aku sudah terbayang akan Samsung Galaxy S II itu. Aku membaca semula kertas yang ditampal itu. Dua rangkap pantun dipaparkan di situ.


Pak Pandir pergi membaja,
Pergi membaja bersama Pak Mat,
Pertandingan ini ada sekali saja,
Siapa kreatif dia yang dapat.


Anak Pak Sahak bernama Afif,
Sikap baiknya diikuti ramai,
Jika penyertaan ramai sangatlah kreatif,
Samsung Galaxy S II dimenangi ramai.


     Terpegun dengan pantunnya. ''Borang penyertaan boleh didapati di pengetua sekolah,'' kakiku mula melangkah kearah pejabat. Aku nak! Aku nak! Puk! Aduh! Aku terlanggar sesuatu 


    ''Maaf cikgu,'' Kataku. ''Tak apa,cikgu yang salah sebab dengan asyik dengan handphone ni je,'' Kata Cikgu Siti. Wah,Samsung Galaxy S II ! ''Cikgu boleh saya nak pegang handphone tu?'' Kataku. ''Nah! Kamu teringin ke? Kamu dah tengokkan pertandingan yang kat papan kenyataan tu? Kamu nak menang? Ambil borang ni,'' Kata Cikgu Siti dalam satu nafas. Aku memberi kembali Samsung Galaxy S II kepada Cikgu Siti.


     ''Ala,ingat cikgu nak bagi hanphone ni,'' aku mula mengeluarkan lawak bodoh. ''Eh,cikgu baru beli ni,ambil borang ni dan isi. Hantar kepada pengetua ya,'' Kata Cikgu Siti. ''Terima kasih cikgu,'' Aku berkata. Aku berlalu meniggalkan Cikgu Siti di belakang.


     Aku mula megisi borang. Selepas mengisi borang aku menulis sebabnya. 


    ''Saya nak Samsung Galaxy II sebab saya suka akan reka bentuknya. Kebanyakan daripada mereka suka akan benda seperti ini. Saya juga pernah membaca satu maklumat yang berada di internet yang memberitahu bahawa Samsung Galaxy S II ini lebih baik daripada iPhone. Mereka menunjukkan iPhone yang sudah dihempas dan telah rosak. Manakala Samsung Galaxy S II pula menunjukkan sebaliknya. Ia boleh digunakan walaupun sudah terhempas. Ia lebih mudah digunakan. Kameranya juga memuaskan dan cerah daripada gadget yang lain. Jikalau saya dapat Samsung Galaxy S II ini saya akan memberikannya kepada ibu saya. Saya tahu ibu saya ingin benda yang baru. Beliau pasti suka jika saya memberikannya kepada ibu. Ibu saya teringin dengan Samsung Galaxy S II ini. Dengan alasan sebegini saya harap,saya akan menang. Terima kasih'' 


    Aku berdoa di dalam hati. 'Ya Allah,aku harap aku dapat apa yang aku nak. Jikalau aku dapat,aku boleh beri kepada ibu. Aku juga boleh mencuba sesuatu yang baru dan sesuatu yang mahal. Mahal sangat - sangat. Aku memang nakkannya,' Aku berjalan ke arah bilik pengetua. Tap! Tap! ''Silakan masuk,'' kedengaran suara seseorang dari dalam. Pintu dikuak perlahan - lahan. ''Cikgu,saya datang ni nak bagi borang pertandingan,'' kataku''Borang apa ya?'' pengetua bertanya. ''Pertandingan Saya Nak Samsung Galaxy II tu,'' Aku membalas pertanyaannya.''Oh,okey,beri kepada saya,nanti saya hantar,''Aku memberi kepada pengetua. ''Terima kasih cikgu,'' Kataku. ''Sama - sama,'' Katanya dengar tidak dengar.


     Hari demi hari aku tunggu,aku berdoa berulang kali supaya apa yang aku nak termakbul. Di suatu pagi,semasa perhimpunan,pengetua berucap di depan.


    ''Assalamualaikum,berdirinya saya di sini adalah untuk mengumumkan pemenang bagi pertandingan Saya Nak Samsung Galaxy II sebab. Sekolah kita telah dimenangi oleh seseorang. Pemenangnya ialah Muhammad Ameer Syahid dari tingkatan dua. Beri tepukan yang gemuruh,'' Aku terkejut dengan kata - kata pengetua. Biar benar? Aku berjalan ke atas pentas dan menyalam pengetua. Beliau menghulurkan tangan lalu memberi sebuah kotak. Tertera di situ, Samsung Galaxy II. ''Terima kasih cikgu,''kataku.


     Masa berganti masa. Kring! Loceng sekolah berbunyi tandanya waktu untuk pulang. Aku berlari ke arah tempat basikal. Aku membuka kunci basikal lalu mengayuh ke luar sekolah dan terus mengambil jalan kearah rumah.


     ''Ibu,Ameer ada sesuatu nak bagi ibu ni,'' aku menguak pintu. ''Ibu!Ibu!'' Aku menjerit. Aku menguak pintu bilik ibu. Sekujur tubuh berada di katil. ''Ibu!!'' Aku menggoncang tubuh ibu. Tidak bergerak. Aku meletakkan jari di hidung ibu. Tidak bernafas? ''Ibu! Ameer ada bawak benda yang ibu nak tu tapi kenapa ibu pergi dulu! Ibu!,'' Aku meraung kuat. Aku keseorangan! ''Ibu,benda ni Ameer  nak bagi ibu tetapi Ameer tak sempat nak beri kepada ibu sebab ibu telah pergi,'' Aku menutup muka ibu dengan sellimut. 


     Sekarang umurku sudah melangkaui 25 tahun. Aku sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Aku menggunakan Samsung Galaxy S II yang hendak diberikan kepada arwah ibu. Akan tetapi hajatku tidak kesampaian. Sekarang aku hanya mengharapkan kasih daripada ibu mertua. Aku juga masih menjaga Samsung Galaxy S II dengan baik. Bila aku lihat di skrin tersebut,aku akan menggambarkan wajah ibu. Air mata mula membasahi mukaku. 
     


      


Tamat



Moral : Balas la jasa ibu dengan sebaik mungkin. Bukan sahaja dengan memberi sesuatu,kita juga boleh memberi keputusan yang cemerlang kepada beliau. Bukan sahaja kepada ibu,ayah juga.


 Sekian,Terima kasih.     


Kepada : Beta.my,saya harap saya dapat Samsung Galaxy S II. Saya nak berikannya kepada ibu saya yang telah banyak berjasa kepada saya. Saya ingin membalasnya dengan ini. Saya suka dengan patternnya. Saya ingin melihat ibu saya gembira. Maaf kalau saya punya post ni tak best,sebab ini adalah kali pertama saya memasuki pertandingan untuk blogger. Thanks beta.my anjurkan pertandingan ini. :)