My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers
Selamat datang ke blog yang tak berapa cantik ni. Assalamualaikum

Sunday, 31 July 2011

Saba je la

Assalamualaikum. Kenapa hidup aku ni sering kena marah? Aku pening la. Balik2 mesti perkara yang tak betul terjadi. Tadi ayah aku marah sebab jam tercabut. Dah cakap dah aritu,masa tidur kat ostel,seda2 dah tercabut. Mana la tahu sebabnya. Walhal aku nih memang tak reti jaga barang. ''Takkan setiap minggu ayah nak pergi kedai repair jam ni,'' ayah aku baling terus. Kata dah mati jam,mana ada mati. Tali je terputus. Ayah kata simpan dalam poket masa main. Aku cakap memang aku letak dalam poket,masalahnya tak de kene mengena dengan putus tu, putus tu masa aku tidur. Aku pun macam balas balik. Melawan la kononnya. Ayah aku marah... Dah la malas aku nak cite dah... :(

p/s: sba je la







Daripada :

Friday, 29 July 2011

Hari Sukan 2011

Assalamualaikum semua. Lama juga tak update kan. Okey,hari ni aku nak cerita pasal hari sukan kat sekolah aku yang baru berlangsung dua hari lepas. Hari sukan berlangsung di Kompleks sukan Lee Chong Wei. Dekat aje dari skool. :). Permainan ditukar kepada Badminton,Bola tampar,Bola baling,Futsal lelaki/perempuan,Takraw dan banyak lagi. Firstly,aku masuk bola tampar,hari rabu cikgu kata bola tampar terpaksa dibatalkan,lepas tu digantikan dengan badminton berpasukan.

Khamis : dah excited main dah,bawa raket sendiri lagi. Hari rabu baru dapat tahu yang kena bawa bendera sekolah. Adoit. Kenapa la korang bagitahu last minit. Sampai sekolah,letak beg dalam bilik pengawas. Keluar lepas tu beratur ikut kelas. Cikgu beri minuman dan makanan. First2,aku dah dapat nasi ayam. Lepas tu aku nampak ramai tak dapat. Aku ambik keputusan bagi kat orang terdekat. Kesian aku tengok. Aku bagi kat Iqbal Aiman. Ada budak form 5 kat sebelah aku,dia nampak tanda lahir kat leher aku,dia cakap ni LOVEBITE ke? aku cakap la mana ada. Gila kau LOVEBITE warna hitam. =='' Tengah syok2 sembang,Nur Syafiqah panggil suruh pergi dekat asrama,Denish panggil untuk buat kawat bendera tu dekat Lee Chong Wei punya tempat. Sampai sana,tengok2 Denish tak ada. Kiteorang pun blah pergi kompleks tu. Tengok kat sana si Denish ada. Apa la kau nih. ==''. Kiteorang ambik keputusan pergi lepak tandas sekejap. Wah,tandas dia teramat lar besar,cantik,dan THE BEST la wei. Sinki dia macam remote control kereta. Lepas tuh,setiap tandas ada tempat mandi. Wah. Smart gila. Kreatif duwh. Just pusingkan paip tu,air keluar dari atas. Aku pun mula2 tak perasan.

Okey,lepas tu,semua menghadap cermin tandas sebab nak betulkan apa yang tak betul. Aku betulkan rambut dan pakai sweater sekolah untuk kawat bendera tu. Semua pakai smart2,sampai aku,BOO.. haha... Biasa la orang yang takk reti nak smart kan. hehe. Kiteorang pergi kat court takraw untuk berlatih sebentar. Kat situ la aku diberitahu macamna nak jalan,pusing dan sebagainya la. cheerleader rumah sukan pun masuk. Tercari2 mana lar Miss Wu ni. Last2 nampak dia. Lain muka dia. Sebab mekap kut.

Hari sukan start,Puan Esah bagi ucapan. Ya Ampun,Puan Esah tak panas ke pakai sweater tu. Kiteorang pun dah peluh pakai sweater. Masa kawat bendera tu,Kiteorang pusing satu tempat tu. Dah abes,berhenti kat satu tempat. Peluh sudah mula turun.haha.. Nampak Aizzat nye peluh kat telinga. hha..Kesian kiteorang. Lepas semua keluar,start la cheerleader menari. Rumah merah okey la,rumah biru mantap la gak,rumah kuning,comel2 belaka,tapi ada gak bende yang  tak nak dilihat,rumah hijau,boleh la. Kesian Miss Wu,topi dia terjatuh. hurm.

Semua pelajar pergi tempat permainan masing2. Aku pun pergi tukar seluar. Lepas tukar pergi tempat badminton. Pergi2 dorang kata nak 1 wakil satu rumah. Adoit. Lagi la bermasalh. Last2 aku tak dapat masuk... huhu... Lepas tu,just main2 je la dengan syafiqah,kak syaznie n ramai lagi la. Tengok dorang main jeles la. (panjang lebar lak aku cerita) K lar sampai sini saja k. bye,assalamualaikum.

1st = rumah biru
2nd = rumah merah.
3rd= rumah kuning.
4th= rumah hijau.

p/s : mak menangis tengok cerita SEKALI LAGI and nak tergelak bila Lisa Surihani caka huruf R.. :)




Daripada :


Sunday, 24 July 2011

Batuk dan Selsema.

Assalamualaikum semua. Bertemu kita lagi ya. Semenjak dua mejak ni kan,aku asyik selsema ngan batuk je. Semalam pergi klinik,ada gak budak kecik yang batuk ngan selsema. Batuk aku ni jenis berkahak punya. Adoit. Terpaksa la buang. Kalau dekat kelas,ada satu tempat ni memang itu la tempat orang buang air liur la apa la. Terpaksa la buang kat situ. Kalau nak pergi tandas,malas pula. Tandas dah la jauh. huh! Takkan setiap kali keluar kahak je nak pergi tandas. Mesti korang geli kan aku cerita macam ni? haha... kesian. tu la siapa suruh korang baca. :).
Act,batuk ngan selsema ni dah 3 minggu kena. Masa bulan 5 pun batuk ngan selsema. tapi yang tu lagi teruk. Nasib baik yang ni tak teruk sangat. Kalau nak tidur pun susah. Dah makan ubat,tapi macam bertambah teruk ada la.. Adoit! Korang tak ada tips apa2 ke? hurm.. Sabar je la wahai Ameer Syahid. 


Aku harap tak jadi macam ni sudah. Gambar budak kene pijak ngan bomoh sebab selsema.


Kesian kan aku? Doa2 kan aku segera sembuh ya... okey,bye assalamualaikum. Aku nak balik asrama dah... :)

p/s:mak cakap sekarang musim panas,so bende nih berlaku la... :)




Daripada :

Saturday, 23 July 2011

Kem Asrama 2011

Assalamualaikum,bersua kita lagi ya...haha... Korang apa khabar?sihat? Kalau tak sihat,pergi la makan ubat. Aku ni selsema dan batuk pun malas nak makan ubat...haha.. okey,masuk balik topik.

Pada 16 Julai,berlangsungnya kem Asrama pada tahun 2011. ceh!haha... Okey,mula-mula pergi excited gila la... haha... Biasa la sudah 3 tahun tak pergi kem kan. Tempat? dekat Nur Lembah Pansun Hulu Langat. Kawasan? kawasannya sangat la luas.haha... jauh juga la. Sampai terpaksa pakai sweater sebab sejuk la. Dah la selsema pastu sejuk lagi. hurm... Kesian Ameer Syahid ni, :P

Keluar dari bas,mula la rasa panas. hurm. Kami masuk dekat tempat kem tu. Sampai kat depan dewan,fasilator bagi taklimat sikit. lepas tu,cikgu bagi kunci masuk dalam dorm. Wah,dorm dia boleh la. Sampai je,baring sekejap. lepas baring kene keluar lak pergi kat tempat dewan tadi. Maka bermulalah aktiviti. Seharian aktiviti buat kat dalam dewan. Boring tak ada Jungle Trackking dan Night Walk. Tak suka2. :(. Petang tu,kiteorang jalan kaki jauh pergi kat sungai. Macam marathon dah aku nampak,bila ramai kawan2 lari cepat2. haha...Ada juga yang sesat,nasib baik dapat jumpa.

Mandi kat sungai tu,mula2 masuk memang sejuk. Ada juga budak SMT Kajang kat situ. Berlatih kawat. Banyak batu la kat sungai tu. Aku ada cedera sikit. Kesian kan? huhu... lepas mandi,nak balik,jumpa la orang tengah shooting. Jumpa Aliff Satar. Dia punya perangai lain dari dalam Tv. (tak nak kutuk). Turun lagi jumpa artis lagi seorang,yang berlakon dalam Qalesya sebagai ayah Qalesya. Jumpa Pak cik yang berlakun dalam KL Gangster apa entah nama dia.

Nak tahu tak aku jumpa kawan aku masa kat sekolah rendah. Nama dia Muhammad Nazrin Bin Mohammad Noh. Sekolah SMSains Selangor. Kat sana ada sekolah Maahad perempuan.

Ahad- Pagi hingga tengahari aktiviti kat dalam dewan. Aktiviti dia boleh la. Kena gak buat kan. hehe... lepas itu,penyampaian cenderahati,ucapan akhir,bagi sijil. Lepas tu,semua masuk dorm kemas2 barang n balik.

p/s: Actually this camp was so boring... huhu... WTH. :(



Daripada :

Friday, 22 July 2011

Kehilangan Dua Orang Ustazzah.

                                                             assalamualaikum semua.
Aku nak cerita sikit. Hari ini hari terakhir kedua-dua ustazzah yang sangat baik.
Mereka ni seringkali bersabar dengan perangai kami. Inilah gambar-gambar mereka.




Nak tahu nama mereka? cari la sendiri. Actually,Ustazzah2 ni baik orangnya. Banyak beri nasihat kat kami. Banyak tolong kami. Mengajar kami dengan ikhlas. Mereka ajar kami BA dan AG. Malagnya mereka tidak boleh lama di sini kerana mereka hanyalah guru praktikal. Kedua-dua berasal dari Sabah dan sekolah menengah bersama-sama iaitu di SMAKK. (Harap2 betul). Ustazzah maafkan kami jika terkasar bahasa dengan ustazzah. Ustazzah de best. huhu... Ustazzah masuk aje mesti kami semangat. Ustazzah suka bagi nasihat kat kami dan memberi ceramah. Sedikit demi sedikit masuk juga nasihat ustazzah itu. Ustazzah tak pernah jemu dengan kami. Ustazzah BA suka bagi kami hadiah kalau dapat jawab soalan. Ustazzah AG pula suka cerita pasal kehidupannya yang agak menarik. Ustazzah AG,terima kasih kerana sudi mencerita keadaan
di Sabah dan tidak jemu belanja kami. Ustazzah BA, terima kasih kerana sabar melayan kerenah kami. Ustazzah BA telah pergi pada hari ini dan sedang berada di Pulau Pinagn,manakala ustazzah AG pergi hari isnin. Dapat jumpa dia lagi minggu hadapan. Dia akan berada di Pahang. Syukran Ustazzah. Terima kasih beri tips yang berguna untuk kami. Take care. :(



Daripada :