My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers
Selamat datang ke blog yang tak berapa cantik ni. Assalamualaikum

Friday, 2 December 2011

Opocot!

Assalamualaikum,
Lama sudah tidak mengupdate blog ni,
Usang dah aku nampak. XD
Sorry ye blog. 
I miss u so much. #gedikjap. :D

Bermulalah kisah.... Merepek sudah. Okey,arini aku nak cerita. Hurm...Hurm. Aku pun tak tahu nak cerita apa harini. Okey,Life is precious. Apa maksud dia? Dah,kau lambat jawab. Hidup itu berharga. Take note ni. Nanti kau bleh guna dalam karangan BI. Haha. Okey la aku nak cerita ni... Kalau korang nampak post aku kat bawah tu,aku baru aje masuk pertandingan Samsung Galaxy S II. Tetapi malangnya aku tak menang. Bukan rezeki aku. Aku buat pun bukan best sangat pon. Korang nak tengok top 14 buat macamana. Gempak kot. Ada gak buat cerita,tapi panjang dari aku. Hurm. 

Ni blog - blog yang dapat top 14 :


Kecewa aku bila tengok nama aku tak ada. Takde rezeki kan. Dan next day beta.my umumkan pemenang.
Pemenangnya ialah :

Cikgu Naman.

Tahniah cikgu. Sumpah saya jeles. Hadiah awal tahun kan cikgu. :( . Saya nak benda tu,cikgu dapat. Haha.. .Rezeki cikgu kan. Tahniah sekali lagi. Kalau dia buat top 15 mesti saya kat nombor 15 tu. XD. Perasan je. Kalau saya dapat HP cikgu dulu takpe la. XD.

Okey,guys,korang dah tahu kan apa terjadi.
Sampai sini saja k. Lain kali pulak cerita.
Bye,Assalam... :)


Thursday, 1 December 2011

Yes!

Act,My blog can open finally. Just open blogger.com and comeout troughly. I dnt have idea what to post. Hurm... Any ideas??

Saturday, 5 November 2011

Saya Nak Samsung Galaxy S II Sebab...

nak galaxy s 2 Giveaway : Samsung Galaxy S II Untuk Dimenangi!


Contest ini dianjurkan oleh Beta.my & ditaja oleh Mynewshub.
     'Saya nak Samsung Galaxy S II Sebab' inilah perkataan pertama yang aku lihat di papan kenyataan sekolahku. Satu tampalan kertas terlekat di situ. Ku lihat - lihat akhirnya mataku terpaku di syarat - syarat penyertaan. Aku membaca syarat - syaratnya.


Syarat - syarat penyertaan.


1. Warganegara Malaysia
2. Tinggal di kawasan Kuala Lumpur.
3. Berumur 14 hingga 18 tahun.
4. Keluarga terdiri daripada 4 orang.
5. Pandai bertutur dengan sopan dengan orang lain.
6. Perlu ada alasan yang kukuh untuk memenanginya.  


   ''Okey,semua aku ada. Boleh masuk ni,'' bibirku menguntum senyuman. Aku sudah terbayang akan Samsung Galaxy S II itu. Aku membaca semula kertas yang ditampal itu. Dua rangkap pantun dipaparkan di situ.


Pak Pandir pergi membaja,
Pergi membaja bersama Pak Mat,
Pertandingan ini ada sekali saja,
Siapa kreatif dia yang dapat.


Anak Pak Sahak bernama Afif,
Sikap baiknya diikuti ramai,
Jika penyertaan ramai sangatlah kreatif,
Samsung Galaxy S II dimenangi ramai.


     Terpegun dengan pantunnya. ''Borang penyertaan boleh didapati di pengetua sekolah,'' kakiku mula melangkah kearah pejabat. Aku nak! Aku nak! Puk! Aduh! Aku terlanggar sesuatu 


    ''Maaf cikgu,'' Kataku. ''Tak apa,cikgu yang salah sebab dengan asyik dengan handphone ni je,'' Kata Cikgu Siti. Wah,Samsung Galaxy S II ! ''Cikgu boleh saya nak pegang handphone tu?'' Kataku. ''Nah! Kamu teringin ke? Kamu dah tengokkan pertandingan yang kat papan kenyataan tu? Kamu nak menang? Ambil borang ni,'' Kata Cikgu Siti dalam satu nafas. Aku memberi kembali Samsung Galaxy S II kepada Cikgu Siti.


     ''Ala,ingat cikgu nak bagi hanphone ni,'' aku mula mengeluarkan lawak bodoh. ''Eh,cikgu baru beli ni,ambil borang ni dan isi. Hantar kepada pengetua ya,'' Kata Cikgu Siti. ''Terima kasih cikgu,'' Aku berkata. Aku berlalu meniggalkan Cikgu Siti di belakang.


     Aku mula megisi borang. Selepas mengisi borang aku menulis sebabnya. 


    ''Saya nak Samsung Galaxy II sebab saya suka akan reka bentuknya. Kebanyakan daripada mereka suka akan benda seperti ini. Saya juga pernah membaca satu maklumat yang berada di internet yang memberitahu bahawa Samsung Galaxy S II ini lebih baik daripada iPhone. Mereka menunjukkan iPhone yang sudah dihempas dan telah rosak. Manakala Samsung Galaxy S II pula menunjukkan sebaliknya. Ia boleh digunakan walaupun sudah terhempas. Ia lebih mudah digunakan. Kameranya juga memuaskan dan cerah daripada gadget yang lain. Jikalau saya dapat Samsung Galaxy S II ini saya akan memberikannya kepada ibu saya. Saya tahu ibu saya ingin benda yang baru. Beliau pasti suka jika saya memberikannya kepada ibu. Ibu saya teringin dengan Samsung Galaxy S II ini. Dengan alasan sebegini saya harap,saya akan menang. Terima kasih'' 


    Aku berdoa di dalam hati. 'Ya Allah,aku harap aku dapat apa yang aku nak. Jikalau aku dapat,aku boleh beri kepada ibu. Aku juga boleh mencuba sesuatu yang baru dan sesuatu yang mahal. Mahal sangat - sangat. Aku memang nakkannya,' Aku berjalan ke arah bilik pengetua. Tap! Tap! ''Silakan masuk,'' kedengaran suara seseorang dari dalam. Pintu dikuak perlahan - lahan. ''Cikgu,saya datang ni nak bagi borang pertandingan,'' kataku''Borang apa ya?'' pengetua bertanya. ''Pertandingan Saya Nak Samsung Galaxy II tu,'' Aku membalas pertanyaannya.''Oh,okey,beri kepada saya,nanti saya hantar,''Aku memberi kepada pengetua. ''Terima kasih cikgu,'' Kataku. ''Sama - sama,'' Katanya dengar tidak dengar.


     Hari demi hari aku tunggu,aku berdoa berulang kali supaya apa yang aku nak termakbul. Di suatu pagi,semasa perhimpunan,pengetua berucap di depan.


    ''Assalamualaikum,berdirinya saya di sini adalah untuk mengumumkan pemenang bagi pertandingan Saya Nak Samsung Galaxy II sebab. Sekolah kita telah dimenangi oleh seseorang. Pemenangnya ialah Muhammad Ameer Syahid dari tingkatan dua. Beri tepukan yang gemuruh,'' Aku terkejut dengan kata - kata pengetua. Biar benar? Aku berjalan ke atas pentas dan menyalam pengetua. Beliau menghulurkan tangan lalu memberi sebuah kotak. Tertera di situ, Samsung Galaxy II. ''Terima kasih cikgu,''kataku.


     Masa berganti masa. Kring! Loceng sekolah berbunyi tandanya waktu untuk pulang. Aku berlari ke arah tempat basikal. Aku membuka kunci basikal lalu mengayuh ke luar sekolah dan terus mengambil jalan kearah rumah.


     ''Ibu,Ameer ada sesuatu nak bagi ibu ni,'' aku menguak pintu. ''Ibu!Ibu!'' Aku menjerit. Aku menguak pintu bilik ibu. Sekujur tubuh berada di katil. ''Ibu!!'' Aku menggoncang tubuh ibu. Tidak bergerak. Aku meletakkan jari di hidung ibu. Tidak bernafas? ''Ibu! Ameer ada bawak benda yang ibu nak tu tapi kenapa ibu pergi dulu! Ibu!,'' Aku meraung kuat. Aku keseorangan! ''Ibu,benda ni Ameer  nak bagi ibu tetapi Ameer tak sempat nak beri kepada ibu sebab ibu telah pergi,'' Aku menutup muka ibu dengan sellimut. 


     Sekarang umurku sudah melangkaui 25 tahun. Aku sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Aku menggunakan Samsung Galaxy S II yang hendak diberikan kepada arwah ibu. Akan tetapi hajatku tidak kesampaian. Sekarang aku hanya mengharapkan kasih daripada ibu mertua. Aku juga masih menjaga Samsung Galaxy S II dengan baik. Bila aku lihat di skrin tersebut,aku akan menggambarkan wajah ibu. Air mata mula membasahi mukaku. 
     


      


Tamat



Moral : Balas la jasa ibu dengan sebaik mungkin. Bukan sahaja dengan memberi sesuatu,kita juga boleh memberi keputusan yang cemerlang kepada beliau. Bukan sahaja kepada ibu,ayah juga.


 Sekian,Terima kasih.     


Kepada : Beta.my,saya harap saya dapat Samsung Galaxy S II. Saya nak berikannya kepada ibu saya yang telah banyak berjasa kepada saya. Saya ingin membalasnya dengan ini. Saya suka dengan patternnya. Saya ingin melihat ibu saya gembira. Maaf kalau saya punya post ni tak best,sebab ini adalah kali pertama saya memasuki pertandingan untuk blogger. Thanks beta.my anjurkan pertandingan ini. :)

Friday, 21 October 2011

Lalala

Assalamualaikum semua....
Apa Khabar?
Sihat? Haha...

Ekceli,aku tak tahu nak buat tajuk apa... So kita guna perkataan 'Lalalala'.. Siapa yang tak tahu? Kau tak tahu maksud perkataan tu? Kesian...Cari sendiri.... Okey,first aku nak cakap. 3 paper last... Haha.... Sunjek paling senang setakat ni,BM,BI(macam boleh dapat A pulak)... Tu je... Haha... Isnin nanti exam sj,geo,kh... Susah kot... Tiga - tiga sunjek penting. Haha... Tiba- tiba pulak final exam ni rasa nak buat betul - betul. Target? Tak tahu la nak cakap apa... Haha.. BM pun tolong aku sebab bahagian C ada keluar cerita.. Dah start tulis cerita mestilah sampai la tak ingat dunia. Tengok jam lagi 10 minit je. Bahagian D da la takk buat lagi. Nasib baik la senang. Haha. Nak tahu karangan cerita aku buat berapa? Rahsia... Haha...

Turn to BI pulak... BI,karangan keluar speech. Kalau ikutkan hati ni memang kata susah. Sebab biasa buat karangan surat kan... ( selalu keluar tajuk ni je). Last - last,tiba - tiba idea mencurah banyak. But tak tahu ayat betol atau tak.. Banyak gak la buat... Nak tahu berapa? Rahsia gak.. Haha... Aku bukan jenis proud... Haha,.. (bajet je ayat).. 

And tiba - tiba la aku suka tengok orang debat ni. Kalau dorang lawan aku pulakk yang rasa gementar. And aku suka tengok mereka yang berbalas pantun.. Sangat menyeronokkan.. Haha.. Jeles pulak.. Ada cikgu kata kalau nak terer debat,sekurang - kurangnya setahun baru boleh.. Haha... Tak caya... Kita boleh berusaha dan memendekkan masa bukan? Haha.. Harap - harap korang faham la kan. Haha..

Okey la... Panjang pulak aku berceloteh.
Malam pun semakin tua. Haha..
Bye,Assalamualaikum.

Saturday, 17 September 2011

Haiwan apa ni?

Assalamualaikum semua... Anda sihat? Hehehe... Okey,aku pun tak tahu la kenapa aku nak update pasal benda ni... Tapi bila tengok aje muka dia mesti aku suka... Comel yang teramat sangat.... Aku nak bela dia la,tapi apakan daya,harganya sangat mahal... Nak tahu berapa? RM 500 kot sekali sangkar... Aku suka la tengok kecomelan dia...

Korang nak tahu,spesies aje macam tupai,tapi hakikatnya dia macam kanggaroo... Kalau dapat anak,anaknya diletakkan di poket... Macam kanggaroo la katakan... Ni gambar dia...\













Tapi ada benda aje yang tak best dengan dia ni... Nak tahu apa? Dia ni kalau siang - siang dia suka tidur,kalau malam baru dia aktif... Kalau nak bermanja malam la aktif... Hurm.... Comel kan? Aku tahu ada gak antara korang geli tengok benda ni... Hahaha... Bagi aku comel la... Hahaha... Love it... 

Mak aku tanya,''ameer benda apa ya,yang macam tupai tu?'' Aku cakap tak tahu. So,kami cari la haiwan ni... Pastuh,cari - cari,jumpa... Mak aku tengok gambar n she said,tak jadi la nak bela,geli nengoknya... Hahahaha... Aku tak macam tu,bagi aku dia sangat comel... Apa pendapat korang??

Okey bye... :DDDD

Saturday, 3 September 2011

Its My Birthday.

Assalamualaikum semua... Hye reader.. Watcha doing? haha...  How are you? Okay,firstly,I want to say thank to all my friends who wish happy birthday to me. I touched... Huhuh.. So,6 Syawal right today? I thought my family forgot about my birthday. I do not mind if they not remember my birthday... Its not important for me... The important things that I want is Family United. I dnt mind if they dnt give anything to me... Whose the 1st wish?Miss Wu .. :)... And thanks alot for the wish... It is precious to me. Nothing best if we dnt have friend right? haha... Thanks a lot guys... (3 time said this word)... hurmmm ... Who want to give  me gift? haha... Just Kidding.. Its up to you... Speech counted present for me... Thanks Very Much...Btw,2 friends on my FB was the same date with me. Nemo and Aidil... Wish both of them Happy Birthday... :)

P/S : Sorry if my Bi broken... :PPP


Ok,bye...



Sorry,signature was missing... :)






Saturday, 27 August 2011

Ameer Relationship dengan sapa tu?

Assalamualaikum semua...hehe...saja je nak update...sekarang mood aku okey sikit,but still dnt have the mood for the raya. Mesti korang tertanya-tanya kan. ''Siapa yang relationship dengan Ameer kat dalam FB tu,ni mesti makwa dia ni,'' aku tahu korang akan cakap macam tu, Tarik balik kata-kata anda. Jangan salah anggap. Kami buat saja-saja aje... Takde yang lebih. Aku anggap dia just A FRIEND. 


Nak aku ulang?haha... Tak nak aku. Takkan korang tak reti baca kot. hehe... Suka - suki je buat bende ni,bak kata orang 'tak de keje'. Hehehe... Aku kenal dia macamana? Buat apa nak tahu. Itu hal aku bukan hal korang. Diulang tiada yang lebih antara kami. Hope understand what im talking about right now...haha... Thanks jugak kepada dia sebab selalu make me happy with her joke. Sometimes la...haha...

Okey bye,



Daripada :



Raya

Assalamualaikum semua... Lama kan aku tak update...sorry tau,sebab aku busy sikit r... Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada korang... Tapi dalam nak dekat raya ni,ada gak masalah yang berlaku... Aku tak nak cakap,sebab ia hal peribadi aku,dan akan menjatuhkan maruah aku gak kalau diberitahu kat korang... Selamat Berpuasa juga tau... hehe... Rasanya tahun ni tak da mood untuk enjoy raya sebab masalah tu. Cikgu kenapa cikgu buat mood saya takde nak dekat raya. Cikgu tahu kan memfitnah tu berdosa,tetapi kenapa cikgu buat gak. Saya tak faham. Cuba cikgu check apa yang berlaku,bukannya serkap jarang aje... Cikgu berdosa tahu tak... :(. Selama ni saya hormat cikgu,saya suka cara cikgu mengajar tapi last2 cikgu buat saya macam ni. Sedih saya. Cikgu tak tahu perasaan saya masa cikgu cakap tu... Hanya Allah je tahu macamana perasaan saya. Cikgu buat mood saya hilang tiba2... Aku dah tak nak taip dah... Tajuk lain sambung... :(

Okey bye...




Daripada :


Sunday, 31 July 2011

Saba je la

Assalamualaikum. Kenapa hidup aku ni sering kena marah? Aku pening la. Balik2 mesti perkara yang tak betul terjadi. Tadi ayah aku marah sebab jam tercabut. Dah cakap dah aritu,masa tidur kat ostel,seda2 dah tercabut. Mana la tahu sebabnya. Walhal aku nih memang tak reti jaga barang. ''Takkan setiap minggu ayah nak pergi kedai repair jam ni,'' ayah aku baling terus. Kata dah mati jam,mana ada mati. Tali je terputus. Ayah kata simpan dalam poket masa main. Aku cakap memang aku letak dalam poket,masalahnya tak de kene mengena dengan putus tu, putus tu masa aku tidur. Aku pun macam balas balik. Melawan la kononnya. Ayah aku marah... Dah la malas aku nak cite dah... :(

p/s: sba je la







Daripada :

Friday, 29 July 2011

Hari Sukan 2011

Assalamualaikum semua. Lama juga tak update kan. Okey,hari ni aku nak cerita pasal hari sukan kat sekolah aku yang baru berlangsung dua hari lepas. Hari sukan berlangsung di Kompleks sukan Lee Chong Wei. Dekat aje dari skool. :). Permainan ditukar kepada Badminton,Bola tampar,Bola baling,Futsal lelaki/perempuan,Takraw dan banyak lagi. Firstly,aku masuk bola tampar,hari rabu cikgu kata bola tampar terpaksa dibatalkan,lepas tu digantikan dengan badminton berpasukan.

Khamis : dah excited main dah,bawa raket sendiri lagi. Hari rabu baru dapat tahu yang kena bawa bendera sekolah. Adoit. Kenapa la korang bagitahu last minit. Sampai sekolah,letak beg dalam bilik pengawas. Keluar lepas tu beratur ikut kelas. Cikgu beri minuman dan makanan. First2,aku dah dapat nasi ayam. Lepas tu aku nampak ramai tak dapat. Aku ambik keputusan bagi kat orang terdekat. Kesian aku tengok. Aku bagi kat Iqbal Aiman. Ada budak form 5 kat sebelah aku,dia nampak tanda lahir kat leher aku,dia cakap ni LOVEBITE ke? aku cakap la mana ada. Gila kau LOVEBITE warna hitam. =='' Tengah syok2 sembang,Nur Syafiqah panggil suruh pergi dekat asrama,Denish panggil untuk buat kawat bendera tu dekat Lee Chong Wei punya tempat. Sampai sana,tengok2 Denish tak ada. Kiteorang pun blah pergi kompleks tu. Tengok kat sana si Denish ada. Apa la kau nih. ==''. Kiteorang ambik keputusan pergi lepak tandas sekejap. Wah,tandas dia teramat lar besar,cantik,dan THE BEST la wei. Sinki dia macam remote control kereta. Lepas tuh,setiap tandas ada tempat mandi. Wah. Smart gila. Kreatif duwh. Just pusingkan paip tu,air keluar dari atas. Aku pun mula2 tak perasan.

Okey,lepas tu,semua menghadap cermin tandas sebab nak betulkan apa yang tak betul. Aku betulkan rambut dan pakai sweater sekolah untuk kawat bendera tu. Semua pakai smart2,sampai aku,BOO.. haha... Biasa la orang yang takk reti nak smart kan. hehe. Kiteorang pergi kat court takraw untuk berlatih sebentar. Kat situ la aku diberitahu macamna nak jalan,pusing dan sebagainya la. cheerleader rumah sukan pun masuk. Tercari2 mana lar Miss Wu ni. Last2 nampak dia. Lain muka dia. Sebab mekap kut.

Hari sukan start,Puan Esah bagi ucapan. Ya Ampun,Puan Esah tak panas ke pakai sweater tu. Kiteorang pun dah peluh pakai sweater. Masa kawat bendera tu,Kiteorang pusing satu tempat tu. Dah abes,berhenti kat satu tempat. Peluh sudah mula turun.haha.. Nampak Aizzat nye peluh kat telinga. hha..Kesian kiteorang. Lepas semua keluar,start la cheerleader menari. Rumah merah okey la,rumah biru mantap la gak,rumah kuning,comel2 belaka,tapi ada gak bende yang  tak nak dilihat,rumah hijau,boleh la. Kesian Miss Wu,topi dia terjatuh. hurm.

Semua pelajar pergi tempat permainan masing2. Aku pun pergi tukar seluar. Lepas tukar pergi tempat badminton. Pergi2 dorang kata nak 1 wakil satu rumah. Adoit. Lagi la bermasalh. Last2 aku tak dapat masuk... huhu... Lepas tu,just main2 je la dengan syafiqah,kak syaznie n ramai lagi la. Tengok dorang main jeles la. (panjang lebar lak aku cerita) K lar sampai sini saja k. bye,assalamualaikum.

1st = rumah biru
2nd = rumah merah.
3rd= rumah kuning.
4th= rumah hijau.

p/s : mak menangis tengok cerita SEKALI LAGI and nak tergelak bila Lisa Surihani caka huruf R.. :)




Daripada :


Sunday, 24 July 2011

Batuk dan Selsema.

Assalamualaikum semua. Bertemu kita lagi ya. Semenjak dua mejak ni kan,aku asyik selsema ngan batuk je. Semalam pergi klinik,ada gak budak kecik yang batuk ngan selsema. Batuk aku ni jenis berkahak punya. Adoit. Terpaksa la buang. Kalau dekat kelas,ada satu tempat ni memang itu la tempat orang buang air liur la apa la. Terpaksa la buang kat situ. Kalau nak pergi tandas,malas pula. Tandas dah la jauh. huh! Takkan setiap kali keluar kahak je nak pergi tandas. Mesti korang geli kan aku cerita macam ni? haha... kesian. tu la siapa suruh korang baca. :).
Act,batuk ngan selsema ni dah 3 minggu kena. Masa bulan 5 pun batuk ngan selsema. tapi yang tu lagi teruk. Nasib baik yang ni tak teruk sangat. Kalau nak tidur pun susah. Dah makan ubat,tapi macam bertambah teruk ada la.. Adoit! Korang tak ada tips apa2 ke? hurm.. Sabar je la wahai Ameer Syahid. 


Aku harap tak jadi macam ni sudah. Gambar budak kene pijak ngan bomoh sebab selsema.


Kesian kan aku? Doa2 kan aku segera sembuh ya... okey,bye assalamualaikum. Aku nak balik asrama dah... :)

p/s:mak cakap sekarang musim panas,so bende nih berlaku la... :)




Daripada :

Saturday, 23 July 2011

Kem Asrama 2011

Assalamualaikum,bersua kita lagi ya...haha... Korang apa khabar?sihat? Kalau tak sihat,pergi la makan ubat. Aku ni selsema dan batuk pun malas nak makan ubat...haha.. okey,masuk balik topik.

Pada 16 Julai,berlangsungnya kem Asrama pada tahun 2011. ceh!haha... Okey,mula-mula pergi excited gila la... haha... Biasa la sudah 3 tahun tak pergi kem kan. Tempat? dekat Nur Lembah Pansun Hulu Langat. Kawasan? kawasannya sangat la luas.haha... jauh juga la. Sampai terpaksa pakai sweater sebab sejuk la. Dah la selsema pastu sejuk lagi. hurm... Kesian Ameer Syahid ni, :P

Keluar dari bas,mula la rasa panas. hurm. Kami masuk dekat tempat kem tu. Sampai kat depan dewan,fasilator bagi taklimat sikit. lepas tu,cikgu bagi kunci masuk dalam dorm. Wah,dorm dia boleh la. Sampai je,baring sekejap. lepas baring kene keluar lak pergi kat tempat dewan tadi. Maka bermulalah aktiviti. Seharian aktiviti buat kat dalam dewan. Boring tak ada Jungle Trackking dan Night Walk. Tak suka2. :(. Petang tu,kiteorang jalan kaki jauh pergi kat sungai. Macam marathon dah aku nampak,bila ramai kawan2 lari cepat2. haha...Ada juga yang sesat,nasib baik dapat jumpa.

Mandi kat sungai tu,mula2 masuk memang sejuk. Ada juga budak SMT Kajang kat situ. Berlatih kawat. Banyak batu la kat sungai tu. Aku ada cedera sikit. Kesian kan? huhu... lepas mandi,nak balik,jumpa la orang tengah shooting. Jumpa Aliff Satar. Dia punya perangai lain dari dalam Tv. (tak nak kutuk). Turun lagi jumpa artis lagi seorang,yang berlakon dalam Qalesya sebagai ayah Qalesya. Jumpa Pak cik yang berlakun dalam KL Gangster apa entah nama dia.

Nak tahu tak aku jumpa kawan aku masa kat sekolah rendah. Nama dia Muhammad Nazrin Bin Mohammad Noh. Sekolah SMSains Selangor. Kat sana ada sekolah Maahad perempuan.

Ahad- Pagi hingga tengahari aktiviti kat dalam dewan. Aktiviti dia boleh la. Kena gak buat kan. hehe... lepas itu,penyampaian cenderahati,ucapan akhir,bagi sijil. Lepas tu,semua masuk dorm kemas2 barang n balik.

p/s: Actually this camp was so boring... huhu... WTH. :(



Daripada :

Friday, 22 July 2011

Kehilangan Dua Orang Ustazzah.

                                                             assalamualaikum semua.
Aku nak cerita sikit. Hari ini hari terakhir kedua-dua ustazzah yang sangat baik.
Mereka ni seringkali bersabar dengan perangai kami. Inilah gambar-gambar mereka.




Nak tahu nama mereka? cari la sendiri. Actually,Ustazzah2 ni baik orangnya. Banyak beri nasihat kat kami. Banyak tolong kami. Mengajar kami dengan ikhlas. Mereka ajar kami BA dan AG. Malagnya mereka tidak boleh lama di sini kerana mereka hanyalah guru praktikal. Kedua-dua berasal dari Sabah dan sekolah menengah bersama-sama iaitu di SMAKK. (Harap2 betul). Ustazzah maafkan kami jika terkasar bahasa dengan ustazzah. Ustazzah de best. huhu... Ustazzah masuk aje mesti kami semangat. Ustazzah suka bagi nasihat kat kami dan memberi ceramah. Sedikit demi sedikit masuk juga nasihat ustazzah itu. Ustazzah tak pernah jemu dengan kami. Ustazzah BA suka bagi kami hadiah kalau dapat jawab soalan. Ustazzah AG pula suka cerita pasal kehidupannya yang agak menarik. Ustazzah AG,terima kasih kerana sudi mencerita keadaan
di Sabah dan tidak jemu belanja kami. Ustazzah BA, terima kasih kerana sabar melayan kerenah kami. Ustazzah BA telah pergi pada hari ini dan sedang berada di Pulau Pinagn,manakala ustazzah AG pergi hari isnin. Dapat jumpa dia lagi minggu hadapan. Dia akan berada di Pahang. Syukran Ustazzah. Terima kasih beri tips yang berguna untuk kami. Take care. :(



Daripada :